Bekas penolong jurutera kanan PBT ditahan, kes rasuah habuan RM700,000

SEORANG bekas Penolong Jurutera Kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kes salah guna kedudukan bagi mendapatkan habuan kira-kira RM700,000.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Menurut sumber, pesara itu kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan tender pembekalan dan kerja penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan di bawah seliaan agensi berkenaan antara 2024 hingga 2025.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan menggunakan syarikat milik isterinya sebagai saluran mendapatkan habuan kira-kira RM700,000,” katanya, lapor Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img