Pembantu kantin didenda simpan 100 video lucah

SEORANG pembantu kantin didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya awal bulan ini.

Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Munirah Muhamad, 32, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi kira-kira 100 rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain hasil maklumat menerusi Op Cyber Guardian.

Pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik tertuduh menemukan bahan pornografi yang disimpan dalam peranti berkenaan sebelum ia dirampas untuk siasatan lanjut.

Laporan forensik kemudian mengesahkan kewujudan kandungan berunsur lucah dalam telefon tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Semasa rayuan mitigasi, peguam memohon hukuman denda atas alasan tertuduh merupakan ibu tunggal yang hanya berpendapatan RM35 sehari serta mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun di bawah jagaan ibu bapanya.

“Tertuduh mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun yang dijaga oleh ibu bapanya. Tertuduh mengaku menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan selain akan memberi teladan baik kepada anaknya,” katanya.

Muhammad Aiman Syahmi bagaimanapun memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda, dan tertuduh dilaporkan menjelaskan bayaran tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img