24 PATI dicekup dalam serbuan imigresen Johor

SERAMAI 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di beberapa premis perniagaan dan kediaman sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan menerusi Ops Sapu, Ops Selera, Ops Minyak dan Ops Ajar oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Batu Pahat.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sebanyak 11 premis diserbu membabitkan kedai makan, kedai tayar serta dua unit kediaman yang dipercayai menggaji dan melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

Menurut beliau, semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sebelum dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Dalam operasi sama, enam Borang 29 turut dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan.

Mohd Rusdi menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap PATI, termasuk majikan serta individu yang melindungi atau menggaji mereka.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img