Pemandu lori dikompaun RM2,000, kenderaan gagal ujian asap

SEORANG pemandu lori berusia 36 tahun dikompaun RM2,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah selepas kenderaannya gagal melepasi ujian pelepasan asap dalam Ops Gerak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah selatan, kelmarin.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, lori tiga tan jenis Isuzu dipandu lelaki itu dikesan mengeluarkan asap melebihi had dibenarkan.

“Dalam operasi itu, sebanyak 58 kenderaan diperiksa, dengan empat daripadanya diuji menggunakan meter asap sebelum satu kenderaan dikesan gagal mematuhi had pelepasan asap ditetapkan.

“Tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1996 (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya, lapor Buletin TV3.

Menurut beliau, pemantauan akan terus diperkukuh bagi memastikan kenderaan di jalan raya diselenggara dengan baik dan tidak mencemarkan udara.

Selain kompaun, pemilik kenderaan turut diarahkan menjalani pemeriksaan semula di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia Berhad.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img