11 warga Indonesia terlibat kes samun bersenjata direman

SEBANYAK 11 warga Indonesia termasuk sepasang kekasih direman bagi membantu siasatan membabitkan lima kes samun bersenjata di rumah kongsi dalam kawasan tapak binaan sekitar Pulau Pinang.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap kesemua suspek termasuk dua wanita yang berusia antara 27 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad bermula hari ini di Mahkamah Majistret Jawi, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu masing-masing tiga di Sungai Bakap dan Simpang Ampat di Nibong Tebal, manakala lima lagi diberkas di Ipoh, Perak sekitar jam 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, enam lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dan parang dilaporkan mengugut pekerja di tapak penginapan, selain mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan pengikat kabel.

Suspek kemudian melarikan pelbagai barang berharga termasuk 13 telefon bimbit, tiga rantai serta sepasang subang emas dianggar bernilai RM35,000 dan wang tunai berjumlah RM7,190.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img