Polis tahan lelaki mabuk larikan kenderaan e-panggilan, pandu lawan arus  

SEORANG Lelaki yang beada dalam keadaan mabuk ditahan selepas dipercayai melarikan sebuah kenderaan e-panggilan secara melawan arus dalam kejadian di KM0.7 Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya awal pagi semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat, berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya, pada 2.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi apabila suspek memandu kenderaan secara melawan arus sebelum ditahan di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan turut melarikan sebuah kenderaan e-hailing susulan salah faham dengan pemandu kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata individu berkenaan kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik M Sivam di talian 017-329 0749 atau IPD Petaling Jaya di 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img