Guru pelatih wanita maut, kereta terbabas ketika balik sekolah

SEORANG guru pelatih wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas di Batu 11, Jalan Apas, di Tawau hari ini.

Dalam kejadian jam 12.16 tengah hari itu, mangsa yang berusia 25 tahun yang juga penuntut tahun akhir pengkhususan Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah menengah di Tawau bermula awal Mac lalu dan kebiasaannya mengajar sesi petang.

Bagaimanapun, mangsa hadir ke sekolah pada sebelah pagi hari ini bagi menghadiri program sukan.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sri Indah sebelum Perodua Kenari dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.26 tengah hari.

Menurutnya, jentera pertama tiba di lokasi jam 12.45 tengah hari, namun mangsa sudah dikeluarkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img