Rundingan Iran-AS tegang, perbincangan disambung hari ini

Rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan yang dianggap penentu kepada krisis tenaga dunia dilanjutkan sehari lagi selepas kedua-dua pihak bersetuju meneruskan perbincangan bagi satu pusingan tambahan.

Menurut laporan wartawan Tasnim News Agency , keputusan itu dibuat susulan perbezaan ketara antara kedua-dua delegasi, khususnya berkaitan tuntutan pihak Amerika yang disifatkan tidak munasabah, serta pendirian tegas Iran dalam mempertahankan kepentingan nasionalnya.

Cadangan lanjutan rundingan dikemukakan oleh pihak Pakistan sebelum dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Terdahulu, delegasi Iran memulakan perbincangan pada jam 1 tengah hari Sabtu waktu tempatan di sebuah hotel di Islamabad, bermula dengan pegawai Pakistan sebelum disusuli sesi bersama wakil Amerika Syarikat.

Rundingan yang berlangsung dalam suasana tegang itu berlanjutan sehingga awal pagi Ahad, kira-kira jam 3.40 pagi waktu tempatan, sekali gus mencerminkan kerumitan isu yang dibincangkan.

Perbincangan dijangka disambung semula beberapa jam kemudian pada hari sama.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan tular di media sosial yang mendakwa seorang pegawai kanan Iran tiba di Islamabad untuk menyertai rundingan turut dinafikan. Sumber di lokasi menegaskan bahawa tiada sebarang penyertaan baharu dalam rundingan berkenaan dan dakwaan tersebut hanyalah spekulasi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img