Rundingan AS–Iran berakhir tanpa persetujuan, kata Naib Presiden AS

RUNDINGAN antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berlangsung selama lebih 21 jam berakhir tanpa sebarang persetujuan, kata Naib Presiden AS, JD Vance.

Menurut beliau, kedua-dua pihak masih gagal mencapai kata sepakat yang boleh diterima oleh Iran walaupun perbincangan telah berlangsung secara intensif dengan pengantaraan Pakistan.

“Kami masih belum mencapai satu perjanjian yang boleh diterima oleh pihak Iran,” katanya dalam sidang media selepas rundingan tersebut.

Vance berkata, delegasi Pakistan telah memainkan peranan penting dan melakukan usaha yang signifikan dalam membantu merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pihak.

Beliau turut mendakwa bahawa kemudahan nuklear Iran telah dimusnahkan, namun Tehran masih belum menunjukkan komitmen jelas untuk menghentikan program nuclear negara itu sepenuhnya.

“Kami memerlukan jaminan yang lebih kukuh bahawa Iran tidak akan berusaha memiliki senjata nuklear,” katanya.

Tambah beliau, AS telah mengemukakan satu cadangan yang disifatkan sebagai tawaran terbaik dan muktamad kepada Iran, namun ia tidak diterima.

“Kami berunding dengan niat baik dan pendekatan fleksibel, tetapi kedua-dua pihak masih belum dapat mencapai persetujuan,” katanya lagi.

Vance memaklumkan bahawa delegasi AS akan kembali ke Washington tanpa sebarang perjanjian dimeterai.

Sementara itu, laporan media menyatakan rundingan tersebut menemui jalan buntu berikutan tuntutan tinggi serta perbezaan ketara antara kedua-dua pihak.

Isu berkaitan aset Iran yang dibekukan juga dilaporkan turut dibincangkan sepanjang rundingan berkenaan.

Walaupun rundingan kali ini tidak mencapai hasil, kedua-dua pihak dikatakan telah mengadakan perbincangan yang serius dan signifikan berhubung isu berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img