PGA kejar lelaki 10 kilometer, rampas 210kg ganja bernilai RM700,000

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki selepas mengejar hampir 10 kilometer sebelum merampas 210 kilogram dadah jenis ganja bernilai lebih RM700,000 di Kampung Kubang Puyu Meranti, malam tadi.

Tangkapan kira-kira jam 8.30 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan ketika anggota PGA menjalankan rondaan bermotosikal.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahannya.

“Kita cuba menahan kereta berkenaan namun suspek memecut laju sehingga kita terpaksa mengejar sehingga 10 km sebelum suspek berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dipandu suspek menemui beberapa kotak bewarna coklat mengandungi 210kg tumbuhan kering dipercayai dadah jenis ganja.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang ditahan dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img