PENYANYI dan pelakon tempatan, Bella Astillah diumumkan sebagai duta pertama Aptamil KID di Malaysia, sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan keibubapaan berasaskan bukti saintifik.
Pengumuman itu dibuat bersempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer) dalam satu acara di M Resort Hotel.
Bella berkata, sebagai ibu, beliau kini lebih teliti dalam membuat keputusan terutama berkaitan pemakanan anak-anak.

“Apabila melibatkan anak-anak saya, saya tidak membuat andaian. Saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka dan sebabnya.
“Saya bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan. Apa yang meyakinkan saya tentang Aptamil KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya. Apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya sebagai ibu,” katanya.
Beliau menambah, pendekatan tersebut membuatkan beliau lebih cenderung memilih produk yang mempunyai asas kajian saintifik yang jelas, termasuk formula Aptamil™ KID C-SynB yang mengandungi gabungan sinbiotik.

Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil menjelaskan bahawa kesihatan usus memainkan peranan penting dalam sistem imun kanak-kanak.

“Sekitar 70 hingga 80 peratus sel imun berada dalam usus, justeru keseimbangan mikrobiota amat penting untuk ketahanan badan.
“Ini bermakna perkembangan usus akan mempengaruhi sejauh mana tubuh kanak-kanak mampu melawan jangkitan. Sebab itulah penjagaan usus yang betul amat penting untuk membina imuniti jangka panjang.” katanya.
Menurut beliau, kanak-kanak kelahiran secara pembedahan Caesarean berkemungkinan mempunyai tahap bakteria baik yang lebih rendah, namun keadaan itu boleh disokong melalui pemakanan yang sesuai.
Dalam pada itu, Pengurus Negara Danone Malaysia dan Singapura, Koh Kok Meng berkata, kerjasama bersama Bella selari dengan usaha memperkasakan ibu bapa moden yang lebih celik maklumat.
Katanya, inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer bertujuan membantu ibu bapa memahami aspek saintifik berkaitan pemakanan, termasuk kesan kelahiran Caesarean terhadap kesihatan usus dan perkembangan kanak-kanak.
Menurut data, kadar kelahiran melalui pembedahan Caesarean di Malaysia kini dianggarkan sekitar 26 peratus, melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu antara 10 hingga 15 peratus.
Sehubungan itu, Danone komited untuk terus menyokong kanak-kanak kelahiran Czer melalui pemakanan dan pendidikan berasaskan sains bagi membantu perkembangan kesihatan jangka panjang.


