Eksekutif Sumber Manusia didenda RM5,000 guna invois palsu

SEORANG Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu berkaitan tuntutan invois syarikat, tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Maslidah Mohamad, 45, serta memerintahkan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu invois tuntutan bertarikh 5 Januari 2023 berjumlah RM2,520 yang diketahuinya palsu di Permint Plywood Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian AMBS, Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dengan alasan sedang menjalani rawatan kanser dan angin ahmar, selain menanggung anak autisme serta suami yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Raihan Mohd Yusof.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img