PGA tahan empat lelaki, rampas 1 kg ganja di Pasir Mas

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki dan merampas satu kilogram ganja dalam sekatan jalan raya di Pos Serongga, Pasir Mas, malam kelmarin.

Rampasan dilakukan kira-kira jam 10.45 malam selepas anggota mengesan sebuah kenderaan Honda CR-V dan motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori kedua-duanya sejauh lima kilometer.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan menemukan satu beg merah berisi ganja yang dipercayai ingin dibawa ke Lembah Klang bagi percubaan pasaran baharu.

“Rampasan turut membabitkan sebuah Honda CR-V, motosikal, lima telefon bimbit, pakaian serta dua topi keledar dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM137,700,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek berusia antara 23 hingga 35 tahun positif methamphetamine.

Menurutnya, ganja itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand melalui pangkalan haram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img