SEORANG bayi lelaki berusia tujuh bulan berjaya diselamatkan selepas ibu jarinya tersepit pada sebuah bayi walker dalam kejadian di Kampung Suara Kapar, Klang, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.41 tengah hari.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang bayi lelaki tersepit ibu jari pada baby walker.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan jari mangsa dan berjaya melakukannya dengan selamat,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, operasi membabitkan empat anggota dengan sebuah jentera bomba.


