Lelaki warga China ditahan di Hong Kong bawa 2kg kokain dari Pulau Pinang

SEORANG lelaki warga China ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Khamis lalu selepas disyaki membawa dua kilogram kokain dalam bagasinya ketika tiba dari Pulau Pinang.

Kastam Hong Kong dalam kenyataan semalam memaklumkan, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan terhadap bagasi daftar masuknya menemukan dadah berkenaan.

Suspek kemudian didakwa atas satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya dan kes itu dijadual disebut di Mahkamah Majistret Kowloon Barat hari ini, lapor BH.

Menurut Kastam Hong Kong, pihaknya akan terus memperketat penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah rentas negara menerusi analisis risikan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menerima tawaran membawa barangan terkawal atau barangan yang tidak diketahui kandungannya bagi pihak individu lain, termasuk sebagai balasan wang.

Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, kesalahan mengedar dadah boleh membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan denda HK$5 juta (RM2.7 juta) jika sabit kesalahan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here