14 pegawai SPRM cemerlang di konvokesyen AeU

SEBANYAK 14 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pengiktirafan akademik pada Majlis Konvokesyen Asia e University (AeU) di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam hari ini.

Antara penerima ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dan Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin yang masing-masing memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan (Master in Management) pada sesi pagi.

DATUK Azmi Kamaruzaman menerima Ijazah Sarjana Pengurusan pada Konvokesyen AeU di Shah Alam hari ini. GAMBAR: SPRM

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Dr Karunanithy Y Subbiah dan Pegawai Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Wong Chiew Hoong pula menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (Doctor of Business Administration).

Turut menerima pengiktirafan ialah Pengarah SPRM Putrajaya, Datuk Mohd Shahril Che Saad dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Samsul Salip yang masing-masing memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Forensik Teknologi SPRM, Wan Zulkifli Wan Jusoh menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan Kepujian (Bachelor of Information and Communication Technology (Honours)) pada sesi petang bersama tujuh lagi pegawai SPRM.

Pencapaian itu mencerminkan komitmen warga SPRM untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan, kompetensi dan kepakaran profesional bagi memperkukuh pelaksanaan tugas serta tanggungjawab mereka.

Penguasaan ilmu dan peningkatan keupayaan profesional turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh integriti, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan memantapkan tadbir urus, khususnya dalam usaha membanteras rasuah serta menyokong agenda integriti negara.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM, Datuk Mohammad Zamri Zainul Abidin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here