UM mohon maaf, teater didakwa unsur ‘soft porn’ tidak layak dinilai

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf susulan isu tular membabitkan adegan dalam sebuah persembahan teater yang didakwa mengandungi unsur tidak sesuai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

UM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti memaklumkan bahawa hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan.

“Berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya dan nama baik universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang sudah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, UM berkata, pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan mengambil maklum mengenai segala kebimbangan yang dibangkitkan.

“UM juga memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul, malah universiti juga tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Tambah UM, persembahan itu juga diputuskan tidak layak untuk dinilai dan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi mengukuhkan pemantauan serta memastikan perkara seumpama itu tidak berulang semula pada masa depan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img