Siti Nurhaliza cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya MEX

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikejarkan ke hospital selepas mengalami lebam dan bengkak pada kaki apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2 Lebuhraya Maju (MEX) berhampiran Seri Kembangan, hari ini.

Kejadian berlaku ketika penyanyi itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas mengadakan persembahan di RedQ AirAsia, Sepang.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi hantaran di Threads memaklumkan keadaan penyanyi itu stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Salam semua. Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang @ctdk. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan.

Menurutnya, kemalangan berkenaan membabitkan empat kenderaan termasuk kereta dinaiki penyanyi tersebut.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi gambar penyanyi berkenaan berdiri di tepi lebuh raya berhampiran kenderaan yang rosak.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img