Warga asing keluar masuk Malaysia ditahan abai 23 saman trafik

SEORANG lelaki warga asing yang kerap berulang-alik masuk ke negara ini atas urusan perniagaan ditahan polis selepas dia didapati mengabaikan 23 saman trafik.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dijalankan pihak berkuasa di hadapan Hentian Bas Padang Besar, Perlis hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, berikutan penahanan itu, polis berjaya mengutip semua tunggakan saman berjumlah RM4,520 daripada lelaki terbabit.

“Daripada 23 saman yang direkodkan, 10 daripadanya membabitkan kesalahan melanggar syarat patuh permit, 12 kesalahan mengabai lampu isyarat dan selebihnya membabitkan kesalahan lain.

“Lelaki itu bagaimanapun dilepaskan selepas dia membayar kesemua tunggakan saman berkenaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut mengenai operasi OSTWA yang dijalankan selama tiga hari itu, Mohd Shokri berkata, polis melakukan pemeriksaan ke atas 380 pelbagai jenis kenderaan dipandu warga asing.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 143 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan perlu diselesaikan pemandu terbabit.

“Jumlah kompaun yang berjaya dikutip sepanjang tiga hari operasi ini dijalankan adalah sebanyak RM24,960.

“Pada masa yang sama, operasi ini turut mengesan pelbagai kesalahan trafik dan sejumlah 77 saman tambahan dikeluarkan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img