Ronaldo muntah selepas bantu Al-Nassr catat kemenangan ke-15 berturut-turut

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan mengalami masalah kesihatan sehingga muntah selepas membantu Al-Nassr mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut dalam saingan Liga Pro Saudi.

Penyerang berusia 41 tahun itu diturunkan meskipun tidak berada pada tahap kecergasan terbaik ketika Al-Nassr menewaskan Al-Ettifaq 1-0, sebelum dikeluarkan pada minit ke-89.

Jurulatih Al-Nassr, Jorge Jesus berkata, dia pada awalnya mempertimbangkan untuk tidak menurunkan Ronaldo kerana masalah kesihatan yang dialami pemain itu.

“Saya pada mulanya berfikir untuk tidak menurunkannya kerana dia tidak berada dalam keadaan baik.

“Dia mengalami sakit perut dan keletihan. Selepas saya mengeluarkannya, dia terus ke bilik persalinan dan muntah,” katanya.

Ronaldo sudah menjaringkan 24 gol musim ini, sekali gus membantu Al-Nassr kekal selesa di puncak liga dengan kelebihan lapan mata.

Kemenangan itu juga menyaksikan Al-Nassr mencatat rekod kemenangan berturut-turut terpanjang dalam saingan liga musim ini.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img