SPRM rai kakitangan, pegawai bakal jemaah haji 2026

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meraikan enam warga kerjanya yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2026 dalam satu majlis khas yang diadakan di Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM di Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, cabaran dalam menunaikan ibadah haji kekal sama walaupun peredaran zaman berubah, sekali gus menuntut kesabaran yang tinggi dalam kalangan jemaah.

“Saya berharap semua bakal jemaah haji dapat menunaikan rukun Islam kelima ini dengan sebaiknya dan dikurniakan haji yang mabrur,” katanya.

Mereka yang terpilih sebagai bakal jemaah haji 2026 ialah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Rasidah Abdul Karim; PKPs Mohammad Faiz Azmi (SPRM Cawangan Taiping); Muhammad Faizal Ismail (SPRM Pulau Pinang); Puan Hajar Hashim dari Bahagian Khidmat Pengurusan SPRM; PKPj Ahmad Faiz Hasan dan PPj Haryazi Baharom dari Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM.

Pada majlis anjuran Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM itu, Azam turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal jemaah haji berkenaan sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen SPRM dalam menjaga kebajikan warga kerjanya di samping memperkukuh nilai spiritual serta integriti dalam kalangan pegawai.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img