Penyelia kilang didakwa bunuh bayi 9 bulan anak rakan

SEORANG penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi berusia sembilan bulan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Syahril Nazrul Ruslim, 37, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret A Karthiyayini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh anak kepada rakannya, Muhammad Arsya yang berusia sembilan bulan di Apartment Taman Bayu Perdana, Klang pada jam 3.30 petang, 6 April lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes untuk serahan laporan forensik pada 6 Julai depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img