Tiga sahabat didakwa bunuh seorang lelaki

TIGA sahabat didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Balakong Batu 11 Cheras, Kajang antara 4 hingga 16 Mei lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Chai Guan Cheong, 38; Cheng Kan Loon, 41; dan Koh Kim Yang, 41, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa membunuh Ong Meng Seong, 38, di Jalan Balakong Batu 11 Cheras, Kajang antara jam 12.04 tengah malam, 4 Mei hingga jam 11 malam, 16 Mei lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin, manakala salah seorang tertuduh, Kim Yang diwakili peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah.

Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Fatin Diyana kemudian menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kemas kini laporan berkaitan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img