Penganggur dipenjara dua bulan tunjuk kemaluan kepada wanita

SEORANG penganggur dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, Ahad lalu.

Majistret A Karthiyayini memerintahkan Muhammad Rakis Abdul Lama, 38, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 14 April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan wanita berusia 21 tahun itu dengan menunjukkan kemaluannya di sebuah kediaman di Teluk Pulai, kira-kira jam 11 malam, 12 April lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berada di ruang tamu rumah berkenaan memerhatikan mangsa sebelum bertindak baring mengiring menghadap wanita itu dan mengeluarkan kemaluannya.

Mangsa yang terkejut kemudian menjerit dan memanggil abang iparnya untuk mendapatkan bantuan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img