Anggota MALBATT di Selatan Lubnan selamat, gencatan senjata kurangkan ketegangan – Khaled

SEMUA anggota MALBATT 850-13  di selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, pelaksanaan gencatan senjata selama 10 hari antara Kerajaan Lubnan dan Israel yang mula berkuat kuasa hari ini dilihat sebagai langkah positif selepas ketegangan kebelakangan ini.

”Bagaimanapun keadaan keselamatan di lapangan masih tidak menentu, susulan laporan beberapa insiden pelanggaran gencatan senjata di selatan Lubnan. Semua pihak perlu menghormati sepenuhnya perjanjian yang telah dipersetujui bagi mengelakkan ketegangan kembali memuncak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keutamaan kementerian sentiasa tertumpu kepada keselamatan anggota MALBATT yang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Setakat ini semua anggota MALBATT terus melaksanakan tugas selaras mandat diberikan, manakala Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama memantau rapat perkembangan situasi keselamatan semasa bersama UNIFIL dan pihak berkaitan.

“Sebarang pelarasan operasi akan dibuat berdasarkan arahan UNIFIL serta penilaian keadaan di lapangan,” katanya.

Mohamed Khaled turut memaklumkan,MALBATT kekal berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan serta memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara.

“Kementerian Pertahanan berharap gencatan senjata ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi asas kepada penyelesaian berkekalan melalui rundingan serta saluran diplomasi demi keamanan serantau,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img