‘’Janganlah dia fikir orang lain akan buat macam dia juga’’ – Zahid bidas Muhyiddin

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan bercadang menangguhkan PRN Melaka dan Johor kerana takut kalah.

Presiden UMNO itu berkata Muhyiddin tidak seharusnya membuat andaian kerajaan akan mengambil tindakan menangguhkan pilihan raya seperti yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri itu ketika menerajui pentadbiran negara.

“Janganlah apa yang dia buat, dia fikir orang lain akan buat macam dia juga,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan berkata cadangan penangguhan PRN didorong rasa takut akibat kehilangan sokongan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dilaporkan mencadangkan penangguhan PRN kerana mahu mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

Ahmad Zahid berkata tidak timbul soal hasrat menangguhkan PRN di dua negeri itu kerana keputusan pembubaran DUN hak mutlak pemerintah negeri.

“Ini terserah pada Tuan Yang Terutama (Melaka), pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong kerana hak pembubaran terletak kepada mereka,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img