Keprihatinan Asyraf Wajdi bantu anak yatim lanjut pelajaran ke Jerman tarik perhatian

VIDEO pertemuan Pengerusi Mara Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dengan anak angkat beliau, Ahmad Azzawajiri bukan sahaja mendapat perhatian ramai malah menyentuh perasaan memandangkan pemuda itu adalah anak yatim yang kehilangan bapa sejak kecil.

Ahmad Azzahwajiri datang mengunjungi Aysraf Wajdi bagi mengucapkan Selamat Tinggal memandangkan pemuda akan berlepas ke Jerman bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Hantaran dalam Facebook Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO itu ditonton lebih 177,000 orang, mendapat 7,200 tanda suka. Kenapa pertemuan itu menarik? 

Berikut catatan Asyraf Wajdi melalui hantaran berkenaan:

“Inilah kali pertama anak kampung (anak yatim) Pok Keral dapat belajar di Jerman”. Malam tadi saya dikunjungi Anak Angkat saya Ahmad Azzawajiri (nama panggilan Zawa), anak yatim yang kehilangan ayah sejak kecil lagi dan disara ibunya yang hanya mengambil upah mengajar anak-anak kampung mengaji di Kampung Pok Keral Tumpat. 

‘’Dua tahun lepas apabila Zawa mendapat keputusan cemerlang SPM semua A dalam matapelajaran, saya nekad untuk bantu beliau dapat menyambung pengajian ke Jerman di bawah MARA. Alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang sekali lagi di German Malaysia Institute (GMI) dengan gred A dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Jerman B1 insyaAllah, malam ini (malam tadi) beliau akan berlepas ke Jerman untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal..

‘’Sempat saya sampaikan sedikit duit belanja, baju sejuk kepunyaan saya seraya menyampaikan nasihat agar Zawa dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajianya di sana. Nasihat saya juga agar beliau terus istiqomah dengan amalan-amalan yang boleh memastikan kita sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah seperti solat tahajjud dan baca Quran setiap hari.

“Ingat Zawa ya, satu cara sahaja nak balas jasa Umi dan nak ubah kehidupan keluarga, hanya dengan ILMU, insyaAllah!”


IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img