Agong kurnia Surat Cara Pelantikan kepada 14 hakim

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan itu berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ravinthran N Paramaguru dan Dato’ Azmi Ariffin.

Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Dato’ Amarjeet Singh Serjit Singh; Dato’ Sri Mohd Radzi Harun;  Dato’ Aliza Sulaiman;  Dato’ Ahmad Shahrir Mohd Salleh,  Dean Wayne Daly dan Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Dr. Suzana Mohd Said; Yusrin Faidz Yusoff; Arziah Mohamed Apandi; Dato’ Hazizah Kassim; Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Mohd Hashim.

Hadir sama Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh,, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk  Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan; Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah, dan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak  Datuk Azizah Nawawi, serta  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja  Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad,



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img