Polis pijak kepala : Suspek positif dadah, bawa air ketum

POLIS mengesahkan video tular memaparkan kejadian tangkapan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim adalah berkaitan operasi ronda cegah jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, rakaman tersebut menunjukkan suspek ditarik daripada motosikal sebelum berlaku tindakan fizikal oleh anggota ketika proses penahanan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika anggota polis menjalankan rondaan dan cuba menahan suspek di Jalan Sungai Ular.

“Ketika hendak ditahan, suspek bertindak agresif dengan melawan, termasuk menendang motosikal anggota sebelum melarikan diri secara melulu, melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek berjaya dikesan semula di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra sebelum diberkas tidak lama kemudian.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 32 tahun itu menemui dua bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi air rebusan daun ketum,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing direkodkan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img