Pemandu lori tidak mengaku positif dadah hingga menyebabkan bayi lima bulan maut

SEORANG pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sik hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia lima bulan dalam kemalangan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Amiruddin Mohamed Radzi, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memandu lori di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan maut berhampiran simpang Kampung Sadek, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik kira-kira jam 10.30 malam, Khamis lalu.

Kemalangan itu mengorbankan bayi lelaki, Mohamad Airiel Zafran Mohamad Amirul Faiz yang menaiki Perodua Myvi bersama ibu bapanya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Jamal manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin termasuk seorang bukan ahli keluarga serta menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan bayi berusia lima bulan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling selepas kereta dinaikinya dirempuh lori dipandu tertuduh yang didapati positif dadah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img