Warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia selepas cedera di kepala di Kota Bharu

SEORANG lelaki berusia 83 tahun meninggal dunia selepas cedera di kepala dalam satu kejadian di Kampung Masjid Baung Bayam, Kota Bharu, pada Isnin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 11.30 pagi apabila warga emas itu dipercayai cedera secara tiba-tiba tanpa sebarang perselisihan faham atau pertengkaran.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ahli keluarga ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, mangsa ditempatkan di zon merah dan diberikan rawatan kecemasan, termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad, namun disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada bahagian kepala, yang menyebabkan keretakan tengkorak serta pendarahan dalam otak,” kata Mohd Yusoff dalam kenyataan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, seorang individu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu.

Justeru, Mohd Yusoff menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img