Piala Dunia: ‘Jiwa kacau’ pentadbiran Trump…gesa FIFA singkirkan Iran

SINDROM ‘jiwa kacau’ dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja melibatkan Presiden negara itu, Donald Trump malah ia juga dialami oleh pegawai kanan beliau apabila mencadangkan kepada FIFA agar Iran disingkirkan daripada kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 dan digantikan dengan Itali.

Cadangan itu yang dilaporkan oleh Financial Times membuktikan betapa benci AS terhadap Iran sehingga tidak membezakan lagi antara sukan dan politik.

Menurut laporan Financial Times, cadangan itu dibuat walaupun Itali gagal melayakkan diri ke kejohanan tersebut selepas tewas dalam perlawanan playoff awal tahun ini, sekali gus melanjutkan ketiadaan mereka kepada tiga edisi berturut-turut.

Laporan itu turut menyebut bahawa idea berkenaan dipercayai bertujuan untuk memperbaiki hubungan diplomatik antara Trump dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, susulan ketegangan sebelum ini.

Utusan khas Amerika Syarikat, Paolo Zampolli, mengesahkan bahawa beliau telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Trump serta Presiden FIFA, Gianni Infantino.

“Saya mengesahkan bahawa saya telah mencadangkan kepada Trump dan Infantino agar Itali menggantikan Iran di Piala Dunia,” katanya, sambil menyifatkan langkah itu sebagai “senario impian” buat peminat bola sepak Itali.

Beliau turut menekankan rekod Itali yang pernah memenangi Piala Dunia sebanyak empat kali sebagai alasan menyokong cadangan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Rumah Putih, FIFA, Persekutuan Bola Sepak Itali dan persekutuan bola sepak Iran masih belum memberikan sebarang maklum balas rasmi.

Dalam reaksi awal, Iran dilaporkan menegaskan bahawa mereka kekal bersedia untuk menyertai kejohanan itu seperti dijadualkan.

Cadangan tersebut dilihat menambah dimensi politik menjelang Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img