MBSA siasat isu buang puntung rokok dari kenderaan jabatan

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil serius isu membuang puntung rokok dari kenderaan jabatan yang tular di media sosial.

MBSA dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan kes tersebut dirujuk kepada Bahagian Integriti untuk siasatan lanjut.

“Kes ini telah dirujuk kepada Bahagian Integriti MBSA bagi tindakan sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (Kelakuan dan Tatatertib) 2023.

“Pihak MBSA menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan salah laku. Semua warga kerja perlu sentiasa mematuhi peraturan, menjaga imej perkhidmatan awam serta beretika ketika menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

Menurut MBSA, pihaknya turut komited memastikan tahap integriti dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja sentiasa diperkukuh dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, MBSA turut mengingatkan larangan penggunaan kenderaan jabatan bagi tujuan persendirian seperti diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Pegawai MBSA (Kelakuan dan Tatatertib) 2023.

Perbuatan menggunakan kenderaan jabatan untuk tujuan peribadi disifatkan sebagai menyalahgunakan kedudukan serta mencemarkan imej majlis dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img