Polis siasat penyebaran maklumat palsu kes gadis ditikam 61 kali

POLIS Kelantan membuka siasatan berhubung penularan maklumat palsu berkaitan kes kematian seorang penuntut kolej yang ditemui dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, pihak polis memandang serius penyebaran pelbagai maklumat dan fakta tidak sahih di media sosial berhubung kes berkenaan.

“Kandungan yang dikesan termasuk spekulasi mengenai latar belakang suspek serta penggunaan gambar rasmi Ketua Polis Kelantan bagi menarik perhatian awam.

“Turut dikesan penggunaan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah ia adalah kenyataan rasmi polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Mohd Yusoff turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat palsu boleh mencetuskan kegusaran awam serta menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mayat seorang wanita ditemui di Ketereh dengan 61 kesan tikaman di seluruh badan.

Mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika ditemui, namun identitinya berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img