Perselisihan caj gilap kereta, lelaki pecah cermin ditahan

POLIS menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan batu susulan perselisihan berkaitan bayaran perkhidmatan penggilap kenderaan di kawasan Gerbang Malam, Ipoh, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat itu kira-kira jam 11.40 malam sebelum rakaman insiden berkenaan tular di Facebook menerusi akaun ‘Iesya Toh’.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada jam 1 pagi, kelmarin.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Katanya, suspek telah direman dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan tanpa diminta di kawasan awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img