Polis cari lelaki berkelakuan tidak senonoh di depan pelajar UiTM

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dikesan melakukan kelucahan di depan pelajar wanita di pintu utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang pelajar UiTM pada jam 12.30 tengah hari.

“Suspek didakwa menunggang motosikal dan melakukan perbuatan tidak senonoh terbabit sebelum melarikan diri.

“Polis turut mengesan satu video tular dipercayai berkaitan kes sama,” katanya hari ini.

Jumaidy berkata, gerakan mengesan suspek sedang dijalankan dan polis meminta kerjasama orang ramai memberikan maklumat.

Sejak semalam, tular video berdurasi 12 saat memaparkan seorang lelaki memakai ‘overall’ memberhentikan motosikalnya di tepi jalan, sambil menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di seberang jalan.

Selepas video itu tular, beberapa individu turut tampil mendedahkan turut menjadi mangsa seksual lelaki itu di beberapa lokasi di daerah itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img