Ops samseng jalanan: 4 remaja ditahan, 46 motosikal disita di Manjung

EMPAT remaja lelaki ditahan manakala 46 motosikal disita dalam Ops Motosikal (samseng jalanan) yang dijalankan di Kilometer 75, Jalan Jelapang-Ipoh-Kampung Kayan (Batu 6 Lekir) berhampiran laluan masuk ke Plaza Tol Sitiawan, Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta bantuan pihak WCE.

Menurutnya, operasi yang berlangsung dari jam 1 hingga 6 pagi itu menyaksikan polis menahan sebanyak 138 motosikal dan lapan kereta.

“Sebanyak 234 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan dan empat lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu atau berbahaya.

“Selain itu, 46 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64(1) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras kegiatan samseng jalanan di daerah Manjung.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas atau aktiviti samseng jalanan boleh menyalurkannya ke Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img