Murid Tahun Lima maut kemalangan dua motosikal

SEORANG murid lelaki Tahun Lima maut ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Betong, Sik, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 11 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal jenis Honda C100 ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal jenis Honda RSX.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Shamzury Saman berkata, siasatan awal Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Sik mendapati kedua-dua motosikal terbabit bergerak dari arah Kampung Kuala Kerik menghala ke Kampung Betong.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Sik untuk rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.45 malam ketika menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal Honda RSX berusia 13 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Shamzury turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya tidak membenarkan anak bawah umur menunggang atau membonceng motosikal tanpa lesen serta tanpa memakai topi keledar.

“Sikap sambil lewa boleh mengundang padah,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img