Dua remaja ceroboh landasan LRT untuk berjoget ditahan

TINDAKAN dua remaja lelaki menceroboh landasan LRT semata-mata untuk berjoget membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam kejadian di Stesen LRT Muhibbah, Bukit OUG, pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian kira-kira jam 11.52 malam itu dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak keselamatan stesen.

Menurutnya, salah seorang suspek dilihat turun ke trek di Platform 1 dengan sengaja bagi tujuan berseronok.

“Kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun telah ditahan oleh anggota Polis Bantuan sebelum diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua remaja terbabit direman selama dua hari sehingga 26 April lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 kerana menceroboh landasan kereta api yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

“Arahan bebas ke atas tangkapan kerana kedua-dua adalah pesalah muda dan akan jejaskan masa depan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img