Yuna, Ella, Spider antara tarikan ROCK’N RIUH BENOR di Ipoh

PEMINAT muzik tanah air berpeluang menyaksikan persembahan barisan artis popular termasuk Yuna, Ella, Spider, Masdo dan Bittersweet menerusi acara ROCK’N RIUH BENOR yang bakal berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Berlangsung selama tiga hari bermula jam 2 petang hingga 12 tengah malam, acara anjuran MyCreative Ventures Sdn Bhd itu bakal menggabungkan persembahan muzik, seni, budaya serta aktiviti kreatif dalam satu ruang bagi memeriahkan suasana bandar bersejarah berkenaan.

Dalam kenyataan bersama MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Kementerian Komunikasi memaklumkan, sebanyak 30 persembahan di dua pentas disediakan sepanjang acara, selain penyertaan 40 jenama tempatan yang menawarkan pelbagai produk fesyen, gaya hidup serta makanan dan minuman.

“Pengunjung turut berpeluang menyertai bengkel kreatif dan meneroka instalasi seni interaktif yang menggabungkan elemen muzik, seni serta budaya tempatan.

“Penganjuran ROCK’N RIUH BENOR bukan sahaja memberi ruang kepada orang ramai menikmati hiburan, malah membuka peluang kepada usahawan dan penggiat industri kreatif tempatan untuk memperkenalkan produk serta bakat mereka kepada khalayak lebih luas,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, ROCK’N RIUH BENOR menghimpunkan muzik, seni, budaya dan jenama tempatan dalam satu pengalaman yang meraikan kreativiti serta bakat tempatan. Pengunjung boleh menikmati persembahan artis, meneroka produk usahawan dan menyertai pelbagai aktiviti kreatif sepanjang tiga hari penganjuran.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai persembahan serta aktiviti yang disediakan, dengan kemasukan percuma.

Maklumat lanjut mengenai ROCK’N RIUH BENOR boleh diperoleh menerusi Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here