SEORANG pegawai tentera didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumur hari ini atas tuduhan membunuh seorang pempengaruh dan pencipta kandungan dari Bangladesh dalam satu kemalangan kereta awal bulan ini.
Jad Faid Arhan dituduh membunuh Muzahid Millad di KM1.9 Lebuhraya Maju (MEX), dari Salak Selatan ke Jalan Tun Razak, pada 23 April.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta 12 sebatan rotan.
Dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memahami pertuduhan bunuh tersebut.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes. Tiada jaminan dibenarkan.


