Bersatu tanding lapan kerusi..lawan PH, cabar PN

BERSATU membuktikan mereka tiada hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH) apabila akan turut menentang pakatan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Pertembungan itu berikutan keputusan Bersatu bertanding di lapan kerusi iaitu Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Daripada lapan kawasan itu Bersatu akan bertembung dengan PH,BN dan Bersama di Kelebang, Gadek, Pengkalan Batu,Taboh Naning dan Sungai Rambai,  melawan BN di Lendu, Sungai Udang dan Pantai Kundor, melawan PH,PN dan Bersama di Ayer Keroh serta ‘paling trajis’ melawan PN dan Bersama di Bemban.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya, yang juga bekas ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee, akan bertanding di DUN itu.

Calon lain ialah  Nazri Ramli (Lendu), Zamri Abu Bakar (Gadek) , Mejar (B)  Abdullah Mahadi (Sungai Udang), Datin Seri Dr. Asmah Samat (Pantai Kundor), Datuk Ali Mohamad (Klebang), Hamnaim Mohamad (Ayer Keroh) dan  Rabaie Ab Hamid (Bemban)



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here