Pelarasan hanya libat perbelanjaan tidak kritikal – MoF

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) ingin menegaskan panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala semua perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan diteruskan seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2026.

Dalam kenyataan hari ini MoF menjelaskan,  ia meliputi perbelanjaan teras untuk kementerian kritikal seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang merupakan antara kementerian yang mempunyai peruntukan tertinggi dalam Belanjawan tahun ini.

‘’Panduan pelarasan perbelanjaan termasuk langkah seperti penangguhan penganjuran acara, menghadkan kunjungan dan latihan luar negara, penjimatan utiliti, mengoptimakan rizab simpanan agensi serta penangguhan pengisian jawatan bukan kritikal,’’ kata MoF

MoF memaklumkan, selaras dengan pengurusan kewangan negara dengan bertanggungjawab, langkah pelarasan ini mengikut keutamaan penting untuk mewujudkan ruang fiskal bagi membiayai bantuan dan subsidi bersasar untuk melindungi golongan dan sektor rentan yang terkesan daripada Krisis Bekalan Global ini.

‘’MOF akan terus berusaha secara proaktif dan sistematik untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan yang optima bagi memperkukuh daya tahan negara dalam berhadapan Krisis Bekalan Global yang dijangka memberi impak mendalam dan berpanjangan kepada ekonomi negara,’’ kata kenyataan itu.

Selain itu MOF juga komited untuk terus memperkukuh keupayaan tindak balas krisis dengan meneliti pendekatan yang seimbang dengan memastikan perkhidmatan asas terus dibiayai, sokongan kepada ekonomi kekal mencukupi dan pada masa yang sama kedudukan kewangan negara kekal kukuh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img