UKM terima anugerah Pengurusan Harta Intelek terbaik

UNIVERSITI  Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian itu meletakkan UKM sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut, sekali gus dianugerahkan pingat perak, di samping Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang merangkul pingat emas dan syarikat animasi Monsta Sdn Bhd yang memperoleh pingat gangsa.

Sementara itu, Pakar Ortopedik UKM Prof Dr Mohd Yazid Bajuri turut mengharumkan nama universiti apabila meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi produk MyB Prosthetic Limb.

Mereka menerima anugerah itu daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Melalui Facebook beliau, Armizan berkata, majlis itu yang diadakan sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 adalah antara platform penting dalam mengiktiraf sumbangan dan pencapaian para pencipta, inovator serta penggiat industri kreatif yang menjadi pemangkin transformasi dalam memartabatkan harta intelek sebagai aset strategik & penyumbang ekonomi negara.

‘’Saya amat berbesar hati untuk hadir bersama meraikan penerima-penerima anugerah harta intelek meliputi 10  anugerah antaranya ; Organisasi Terunggul Harta Intelek (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), Wira Inovatif (Paten), InoReka (Reka Bentuk Perindustrian), Juara Jenama (Cap Dagangan), Nadi Kreatif (Hak Cipta) serta Permata Cilik bagi pelajar sekolah,’’ katanya.

Beliau berkata, bersempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara, tema “IP & Sukan : Dari Idea ke Podium” dipilih bagi menonjolkan kepentingan hubungan antara harta intelek & pembangunan industri sukan.

‘’ Tema ini juga memberi perspektif segar dan dinamik dalam rangka usaha untuk menerokai potensi Harta Intelek (IP) dalam sektor sukan yang disasarkan akan terus menyumbang kepada pertambahan rantaian nilai ekonomi secara inklusif,’’ katanya.

Armizan berharap melalui pemfokusan tema itu, dalam masa terdekat MyIPO akan terus mengorak langkah ke hadapan bukan hanya dilihat sebagai agensi yang bertumpu kepada pendaftaran harta intelek, sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada aspek pengkomersialan harta intelek termasuk dalam sektor sukan negara.

‘’Inilah masanya untuk kita memperkukuh agenda pengkomersialan harta intelek secara lebih menyeluruh daripada penciptaan idea, perlindungan hak, sehinggalah kepada penjanaan nilai ekonomi yang mampan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img