Lelaki OKU maut dalam kebakaran empat rumah di Gombak

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut dalam kejadian kebakaran yang melibatkan empat rumah teres setingkat di Taman Ehsan, Gombak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.26 pagi melalui panggilan MERS 999.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) segera dikerahkan ke lokasi sebelum mendapati kebakaran melibatkan empat buah rumah.

“Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kekuatan kira-kira 40 anggota dari beberapa balai telah bertindak memadamkan kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 4.29 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di salah sebuah rumah terjejas menemukan mayat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 53 tahun yang juga OKU.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.

“Sehingga kini, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img