Warga emas cacat pendengaran, bisu maut dalam kebakaran rumah di Ipoh

SEORANG wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) maut selepas rumah didiaminya di Jalan Lahat, Simpang Pulai dekat Ipoh musnah akibat kebakaran, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 malam dan kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus rumah itu.

“Mangsa berusia 81 tahun yang pekak dan bisu ditemukan di ruang tamu bahagian tengah rumah.

KEBAKARAN sebuah rumah meragut nyawa seorang wanita OKU di Jalan Lahat, Simpang Pulai di Ipoh malam tadi. GAMBAR: JBPM Perak

“Bagaimanapun adik lelaki mangsa berusia 79 tahun yang tinggal di rumah itu sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, api dapat dikawal kira-kira jam 11.20 malam sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.01 pagi.

Beliau memberitahu, operasi membabitkan 27 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Pasir Puteh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img