BEKAS Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli akan menyambung keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung berhubung perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings.
Hari ini Ahli Parlimen Pandan itu meninggalkan Ibupejabat SPRM di Putrajaya selepas selepas meluangkan masa lebih sembilan jam memberi keterangan kepada agensi antirasuah tersebut.
Beliau yang beredar dari bangunan tersebut pada jam 6.50 petang memberitahu wartawan yang berkumpul di luar bahawa beliau akan hadir semula esok.
Hampir 50 orang berkumpul di luar bangunan pagi tadi sebagai tanda sokongan, termasuk wakil rakyat PKR Ahli Parlimen Subang Wong Chen, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan dan Ahli Parlimen Balik Pulau Bakthiar Wan Chik.
SPRM sedang menyiasat dakwaan salah laku dalam perjanjian perkongsian strategik bernilai RM1.1 bilion itu antara Kementerian Ekonomi dengan Arm Holdings.
Minggu lepas, agensi antirasuah itu menyoal siasat bekas pegawai Rafizi, James Chai, selama tiga hari.


