Iran beri amaran kepada UAE jangan jadi ‘alat di tangan Israel’

IRAN memberi amaran bahawa semua kepentingan Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh menjadi sasaran sekiranya negara itu mengambil tindakan yang disifatkan sebagai “tidak bijak.”

Sumber tentera turut memberi amaran bahawa jika UAE menjadi “alat di tangan Israel,” maka negara tersebut akan menerima “pengajaran yang tidak akan dilupakan,’’ lapor Tasnim News Agency.

Beliau juga menggambarkan UAE sebagai “duduk di dalam rumah kaca yang rapuh,” sambil menegaskan bahawa sebarang ketidakstabilan keselamatan akan memberi ancaman besar kepada negara itu.

Menurut laporan tersebut, Iran akan meninggalkan pendekatan berhemah sekiranya UAE mengulangi apa yang disifatkan sebagai “kesilapan Perang Empat Puluh Hari.”

Sementara itu, United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) melaporkan tiga insiden maritim berasingan di perairan UAE pada hari yang sama.

Salah satu insiden melibatkan sebuah kapal tangki minyak dikenali sebagai MV Barakah, kapal pengangkut minyak mentah kosong yang dikendalikan oleh ADNOC Logistics and Services, yang dilaporkan terkena objek seperti peluru kira-kira 78 batu nautika di utara Fujairah. Semua anak kapal dilaporkan selamat.

UKMTO turut melaporkan kebakaran di bilik enjin sebuah kapal kargo kira-kira 36 batu nautika di utara Dubai, serta satu lagi kebakaran kapal sekitar 14 batu nautika di barat Pelabuhan Saqr. Tiada kerosakan alam sekitar dilaporkan dalam mana-mana insiden tersebut.

SEMENTARA itu, Iran menafikan sebarang penglibatan dalam insiden kebakaran di sebuah kemudahan minyak di Fujairah, menurut laporan Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) yang memetik sumber ketenteraan tidak dinamakan.

Sumber tersebut mendakwa kejadian itu berpunca daripada “tindakan berani tanpa perhitungan” oleh tentera Amerika Syarikat yang bertujuan mewujudkan laluan perkapalan di Selat Hormuz.

“Iran tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyerang kemudahan minyak di Emiriah Arab Bersatu,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa pihak tentera AS harus bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa UAE menuduh Iran sebagai dalang kejadian tersebut dan menyifatkannya sebagai “peningkatan berbahaya,” selain memberi amaran bahawa Abu Dhabi berhak untuk bertindak balas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img