SEPUCUK surat daripada Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Thiago Avila yang kini ditahan di Penjara Israel kepada anaknya tersebar di seluruh dunia.
Dalam surat yang dikirimkan melalui peguamnya, beliau berpesan ‘Jangan lupakan Palestin’.. Berikut kandungan surat Thiago yang turut dimuatkan dalam Facebook warga Sepanyol itu:
Sayang Teresa,
Saya mohon maaf kerana tidak dapat berada di rumah bersama kamu sekarang. Malangnya ayah kamu, ibu kamu, dan begitu ramai orang di seluruh dunia memahami tugas sejarah yang menjadi tanggungjawab kita untuk dilaksanakan.
Hari ini lebih sejuta kanak-kanak sedang menderita akibat genosid, kelaparan, dipotong anggota tanpa bius, dan terdedah kepada idea-idea kebencian yang dahsyat, walaupun mereka tidak memahami apa itu Zionisme dan imperialisme.
Saya pasti kamu sangat merindui saya, dan semua ibu bapa kepada kanak-kanak Palestin juga amat merindui anak-anak mereka, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk menikmati kehidupan yang penuh kasih sayang, kebahagiaan dan kegembiraan yang sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia, tanpa mengira bangsa, agama, etnik atau apa jua latar belakang.
Dunia kamu akan menjadi lebih selamat kerana ramai ibu bapa telah memilih untuk berkorban demi membina dunia yang lebih baik untuk kamu. Saya berharap suatu hari nanti kamu akan memahami bahawa kerana saya sangat menyayangi kamu, tiada perkara yang lebih berbahaya untuk kamu dan kanak-kanak lain selain hidup dalam dunia yang menerima genosid.
Tolonglah, ingatlah ayah kamu sebagai seseorang yang menyanyikan lagu untuk kamu dan bermain gitar untuk menidurkan kamu. Dan apabila kamu dewasa nanti, ibu kamu akan memberitahu bahawa ayah kamu adalah seorang revolusioner, dan walaupun berhadapan dengan individu yang dianggap paling kejam – Donald Trump, Benjamin Netanyahu, dan Itamar Ben-Gvir – dia tetap berpegang teguh kepada kepercayaan untuk membina dunia yang lebih baik.
Tolong jangan lupakan Palestin!
Dengan penuh kasih sayang,
Thiago Ávila


