Murid Tahun Dua maut dilanggar van depan sekolah

SEORANG murid perempuan Tahun Dua maut akibat dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong dekat Batu Pahat tengah hari ini.

Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dilanggar van berkenaan ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 12.40 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

GAMBAR: Facebook pembaca

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dipercayai baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.

Secara kebetulan van terbabit juga keluar dari pagar sekolah selepas menghantar barang namun tidak menyedari mangsa lalu merempuhnya.

Kejadian itu turut disaksikan beberapa ibu bapa murid lain yang kebetulan menunggu anak mereka pulang dari sekolah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img